Nota Penjagaan Akuarium
HARIAN MINGGUAN
Makanan ikan diberi dua kali sehari dengan anggaran yang sesuai ( kadar makanan yang boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 minit ) mengikut saiz dan bilangan ikan . Air hendaklah diganti sekurang-kurangnya 2 minggu sekali .
Ikan perlu diberi rawatan dan perlu diasing sekiranya terdapat tanda-tanda yang luar biasa seperti kecederaan , pergerakan yang lemah . Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendakalah dicantas dan dibuang .
Ikan yang telah mati hendaklah dibuang segera agar bakteria atau penyakit berjangkit boleh berjagkit kepada ikan yang lain . Bahagian tangki akuarium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan
Pastikan aksesori di dalam akuarium di dalam keadaan yang baik dan selamat . Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin
Kualiti air hendaklah diukur dengan alat yang sesuai .
Penyakit Ikan Hiasan
Rintik Putih
a. Disebabkan oleh parasit yang melekat pada kulit atau sisik ikan .
b. Berpunca dari air yang terlalu sejuk .
c. Rawatan ubat seperti larutan ‘methylene blue atau green’ dicampurkan di dalam air ataupun larutkan sedikit garam .
Kulat
a. Ia berbentuk seperti kapas dan melekat pada bahagian badan atau sirip ikan .
b. Berpunca dari luka yang tidak dirawat .
c. Rawatan ubat seperti ‘methylene blue (cecair biru) dan ikan tersebut perlu diasingkan .
Bakteria
a. Warna pada bahagian badan ikan menjadi pudar dan perut buncit .
b. Berpunca daripada makanan yang tidak sesuai , kualiti air berada pada paras rendah .
c. rawatan guna ubat antibodi ikan yang terdapat di pasaran .
Bahagian Luar Ikan Hiasan
Sisik
a. Meliputi keseluruhan badan .
b. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .
Sirip
a. Membantu ikan bergerak .
b. Terdiri daripada dua jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti sirip ekor , sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik .
c. Sirip Tidak Berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus .
d. Sirip Berpasangan berfungsi untuk kestabilan , berundur , berpusing dan mengapungkan diri .
Garis Lateral
a. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor .
b. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .
c. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .
Insang
a. Berfungsi untuk membantu ikan bernafas .
b. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan .
Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik
1. Karbon Dioksida
Tumbuhan akuatik memerlukan gas karbon dioksida untuk hidup dan melakukan proses kitaran fotosintesis .
2. Baja
Baja diperlukan untuk zat-zat mineral dibekalkan bagi tujuan tumbesaran tumbuhan akuatik. Baja boleh didapati dengan dua bentuk iaitu cecair dan biji dan disukat mengikut keterangan yang diberi .
3. Cahaya
Cahaya diperlukan untuk kitaran lengkap proses fotosintesis . Cahaya boleh dibekalkan melalui lampu hiasan akuarim .
PROJEK ELEKTRONIK
MASA 4J
1.4 b PENGHASILAN PROJEK ELEKTRONIK
Mengenal pasti nama , fungsi dan simbol komponen elektronik
Membaca dan memahami litar skematik
Membuat penyambungan litar
Membaca dan memterjemah litar projek
Menguji litar projek dan membuat pembaikan
PROJEK JAHITAN
MASA 2J
1.6 .a MEMBAIKI JAHITAN
1.6.1.a Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan
1.6.1.b Menyatakan kegunaan alatan jahitan
1.6.1.c Menyatakan kegunaan jahitan asas
1.6.1.d Mengenal pasti mata jahitan asas
1.6.b PENGHASILAN ARTIKEL
PROJEK IKAN HIASAN
MASA 8J
1.7 a PENGENALAN
Mengenal dan melabel bahagian luar ikan
Menyenarai spesies ikan hiasan
Menyatakan tujuan memelihara ikan hiasan
Menyenaraikan beberapa ciri istimewa ikan hiasan
1.7 b PENYEDIAAN BEKAS
Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik
1.7.c PENGURUSAN
Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan
Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan
Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan
Melakukan kerja pembersihan bekas
Mengenal pasti simpton penyakit biasa ikan hiasan
Mencegah dan merawat penyakit ikan hiasan
Memberi akan bekalan karbon dioksida tumbuhan akuatik
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment