Nota Ikan Hiasan 2
MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
• Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
• Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
• Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
• Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
4.1 Cara menghias akuarium
Rujuk lampiran yang dipersembahkan dalam Power Point
4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium
a. Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
b. Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.
c. Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
Contoh-contoh tumbuhan akuatik :
Cryptocoryne sp Vallisneria sp
Ludwigia sp Cabomba sp
4.3 Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium
1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium.
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.
5. CARA MENJAGA AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.
5.1 Penjagaan harian
• Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
• Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
• Ikan yang mati perlu dibuang.
• Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
• Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.
5.2 Penjagaan mingguan
• Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
• Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
• Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
• Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
• Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
• Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
• Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
• Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.
6. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).
6. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
• Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
• Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
• Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
c. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.
d. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment